Saturday, October 8, 2011
Guna transmisi F1
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my
BARU...Ferrari FF.
PENGELUAR kenderaan berprestasi Itali memperkenalkan model terbarunya Ferrari FF yang dilengkapi empat tempat duduk dan dijanakan pacuan empat roda.
Jentera diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva baru-baru ini, dipertontonkan di negara ini di bilik pameran pengimport dan pengedar sah Ferrari di Malaysia, Naza Italia Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor.
UNIK...tampak garang.
SELESA...kabin Ferrari FF.
LENGKAP...stereng dilengkapi pelbagai butang.
LANCAR...SM Zulkifli (kanan) dan Paolo (kiri) memperkenalkan Ferrari FF di negara ini.
BERTENAGA...dipadankan enjin V12 dengan sesaran 6,262 cc.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata pihaknya sudah menerima empat tempahan bagi model berkenaan yang dianggarkan berharga RM2.8 juta.
Menurutnya, Naza Italia mensasarkan jualan kira-kira 27 unit Ferrari tahun depan dengan jualan disandarkan kepada model baru Ferrari FF.
“Syarikat pada tahun ini diperuntukkan permit untuk mengimport 21 unit pelbagai model Ferrari dan setakat ini sudah menjual sebanyak 15 unit dengan model paling popular iaitu Ferrari 458 Italia,” katanya selepas majlis memperkenal�kan model terbaru Ferrari FF di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Perniagaan Serantau Ferrari Asia Pasifik, Paolo Ferrari.
Bagi prestasi Ferrari FF, ia dipadankan enjin V12 dengan sesaran 6,262 cc dan mampu menghamburkan kuasa maksimum hingga 660 CV pada 8,000 rpm sementara kuasa kilas 683 Nm pada 6,000 rpm.
Ia dikatakan boleh memecut hingga 335 kilometer sejam (km/j) dan mencatat 3.7 saat untuk mencapai 100 km/j dengan menggunakan transmisi jentera formula satu (F1).
Membuatkan bakal pemiliknya berpeluang menikmati kehebatan FF sama ada pemanduan dalam bandar atau di trek perlumbaan.
Bentuknya sangat sporty dan prestasi tinggi yang luar biasa itu dijamin memberi pengalaman unik kepada pemandu serta penumpangnya.
Jentera itu direka Pininfarina dengan bentuk yang menawan berpandukan ‘DNA’ kenderaan kategori sport.
FF juga dilengkapi dengan sistem terbaru redaman ‘magnetorheological’ (SCM3) serta dipadankan dengan brek karbon seramik jenama Brembo.
Walaupun ia sebuah kenderaan berprestasi tinggi namun masih menyediakan tempat duduk yang selesa kepada penumpang.
Selain boleh menampung empat orang, jentera itu dilengkapi ruang bot yang luas dengan kapasiti antara 450 hingga 800 liter untuk memudahkan memuatkan barangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment