berikut adalah harga emas semasa dalam RM
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1
Ditulis pada 22 September 2008 – 6:33 am | by syukor |
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya pasti anda semua ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas.
Memandangkan terdapat banyak cara membuat keuntungan daripada business emas nie, maka saya kupas topik ini kepada beberapa bahagian. Ini ialah bahagian pertama artikel ini.
Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)
Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:
Kaedah Pertama:
Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.
Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.
Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan.
Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.
Contoh bagi Kijang Emas:
Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan
Kebaikan:
1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi
Kelemahan:
1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.
Kaedah kedua:
Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.
Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak
Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.
Untuk maklumat lanjut, sila refer posting saya yang bertajuk:
Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?
Kaedah ketiga:
Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.
Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).
Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.
Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.
Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.
hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:
Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram
Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram
Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!
Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka
anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!
Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27
Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!
Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)
Kalah dividen setahun ASB betul tak?
Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank
klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html
Kebaikan:
1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.
Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)
Ok, itu sahaja untuk part 1.
Diharap anda bersabar menunggu artikel part 2: Keuntungan lumayan melalui trading emas. Tekniknya lebih sofistikated.
Ok then, selamat berpuasa. Hari raya dah dekat
Jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Terima kasih atas sokongan anda!
sumber: http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1/
Wednesday, October 26, 2011
Saturday, October 8, 2011
Guna transmisi F1
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my
BARU...Ferrari FF.
PENGELUAR kenderaan berprestasi Itali memperkenalkan model terbarunya Ferrari FF yang dilengkapi empat tempat duduk dan dijanakan pacuan empat roda.
Jentera diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva baru-baru ini, dipertontonkan di negara ini di bilik pameran pengimport dan pengedar sah Ferrari di Malaysia, Naza Italia Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor.
UNIK...tampak garang.
SELESA...kabin Ferrari FF.
LENGKAP...stereng dilengkapi pelbagai butang.
LANCAR...SM Zulkifli (kanan) dan Paolo (kiri) memperkenalkan Ferrari FF di negara ini.
BERTENAGA...dipadankan enjin V12 dengan sesaran 6,262 cc.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata pihaknya sudah menerima empat tempahan bagi model berkenaan yang dianggarkan berharga RM2.8 juta.
Menurutnya, Naza Italia mensasarkan jualan kira-kira 27 unit Ferrari tahun depan dengan jualan disandarkan kepada model baru Ferrari FF.
“Syarikat pada tahun ini diperuntukkan permit untuk mengimport 21 unit pelbagai model Ferrari dan setakat ini sudah menjual sebanyak 15 unit dengan model paling popular iaitu Ferrari 458 Italia,” katanya selepas majlis memperkenal�kan model terbaru Ferrari FF di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Perniagaan Serantau Ferrari Asia Pasifik, Paolo Ferrari.
Bagi prestasi Ferrari FF, ia dipadankan enjin V12 dengan sesaran 6,262 cc dan mampu menghamburkan kuasa maksimum hingga 660 CV pada 8,000 rpm sementara kuasa kilas 683 Nm pada 6,000 rpm.
Ia dikatakan boleh memecut hingga 335 kilometer sejam (km/j) dan mencatat 3.7 saat untuk mencapai 100 km/j dengan menggunakan transmisi jentera formula satu (F1).
Membuatkan bakal pemiliknya berpeluang menikmati kehebatan FF sama ada pemanduan dalam bandar atau di trek perlumbaan.
Bentuknya sangat sporty dan prestasi tinggi yang luar biasa itu dijamin memberi pengalaman unik kepada pemandu serta penumpangnya.
Jentera itu direka Pininfarina dengan bentuk yang menawan berpandukan ‘DNA’ kenderaan kategori sport.
FF juga dilengkapi dengan sistem terbaru redaman ‘magnetorheological’ (SCM3) serta dipadankan dengan brek karbon seramik jenama Brembo.
Walaupun ia sebuah kenderaan berprestasi tinggi namun masih menyediakan tempat duduk yang selesa kepada penumpang.
Selain boleh menampung empat orang, jentera itu dilengkapi ruang bot yang luas dengan kapasiti antara 450 hingga 800 liter untuk memudahkan memuatkan barangan
Trak pikap terlaris di pasaran
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
HILUX memang boleh diharap untuk meredah laluan-laluan seperti ini.
ADA sesuatu yang berbeza dengan Toyota. Magisnya bukan terletak pada enjinnya yang menjimatkan minyak, rekabentuk yang futuristik atau sebagainya, tetapi kemampuannya untuk menarik orang ramai untuk membelinya.
Tidak percaya? Tengok sahaja di atas jalan raya. Berapa banyak kenderaan Toyota berbanding jenama dari Jepun atau Korea yang lain. Sedangkan kalau benar-benar diteliti, kenderaan Toyota tetap mempunyai kelemahan tersendiri. Lebih pelik lagi, situasi itu bersifat global, tidak hanya berlaku di Malaysia.
Sebenarnya populariti Toyota banyak bergantung kepada kepercayaan pengguna bahawa jenama itu menawarkan produk yang tahan lama, kurang masalah, nilai jualan semula yang tinggi dan macam-macam lagi.
Jadi, tidak hairanlah jika setiap kali produk baharunya diperkenalkan, perhatian yang diberikan oleh khalayak kadang-kadang agak membingungkan.
Projek IMV
Minggu ini, UMW Toyota Sdn. Bhd. (UMW Toyota) sekali lagi mahu membuktikan kejaguhannya. Kali ini menerusi model trak pikap yang menerima proses naik taraf. Toyota menamakan trak pikap yang pertama kali dibinanya pada tahun 1968 itu sebagai Hilux.
Bernaung di bawah projek IMV Toyota, Hilux yang dipasarkan di Malaysia dipasang di kilang Toyota di Rayong, Thailand. IMV merujuk kepada Innovative International Multi-purpose Vehicle (Kenderaan Pelbagai Guna Inovatif Antarabangsa).
HILUX kini dilengkapi dengan sistem navigasi dan kamera undur (untuk varian 3.0G sahaja).
Projek itu diinisiatif untuk membina sistem pengilangan dan pembekalan yang optimum bagi model-model trak pikap (Hilux), SUV (Fortuner) dan MPV (Innova) demi memenuhi permintaan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia. Janji Toyota, semua pelanggannya akan menikmati kualiti tertinggi Toyota, walau di mana pun kenderaan itu dihasilkan.
Sama ada di hutan hujan di Asia, padang pasir atau gurun di benua Afrika, Hilux diterima baik dalam setiap pasaran yang disertainya. Jika tidak, bagaimana sebanyak 2.7 juta unit Hilux sudah berjaya dijual di seluruh dunia sehingga tahun 2010?
Generasi ketujuh Hilux menjengah pasaran tempatan pada tahun 2005. Sejak itu, ia muncul sebagai peneraju pasaran dengan jumlah jualan mencecah 90,000 unit.
“Tahun lalu, rekod jualan Hilux melebihi 18,500 unit. Sehingga hujung bulan Ogos tahun ini pula, hampir 14,000 unit Hilux telah dijual iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2010.
RUANG kargo yang cukup luas untuk anda mengangkut barang-barang.
“Kami menyasarkan jualan di antara 1,800 hingga 2,000 unit sebulan memandangkan permintaan terhadap trak pikap di Malaysia masih kukuh,” jelas Presiden UMW Toyota Sdn. Bhd., Ismet Suki sambil memberitahu, UMW Toyota kini sudah pun menerima lebih 3,300 tempahan.
Hilux bermula dengan varian 2.5 liter bersama pilihan transmisi manual dan automatik. Model itu kemudian menerima proses naik taraf tiga tahun kemudian. Selepas menerima maklum balas daripada pelanggan yang mahukan versi Hilux lebih berkuasa, UMW Toyota mengambil keputusan untuk memperkenalkan varian 3.0 liter pada tahun lalu.
Untuk makluman anda, Toyota merupakan jenama trak pikap yang paling lewat menawarkan varian tersebut. Sedangkan Ford, Isuzu, Mitsubishi, Mazda, Nissan dan Ssangyong sudah agak lama berbuat demikian.
Sesi pandu uji
Sehari sebelum pelancaran, saya berpeluang memandu uji kedua-dua varian terbaharu Hilux di Shah Alam, Selangor. Dibahagikan kepada dua sesi, ia dimulakan dengan sesi pandu uji bagi menguji kemampuan Hilux meredah laluan-laluan off-road sebenar.
PENAMPILAN lebih masklulin menerusi rekaan bampar, lampu utama dan bonet yang baharu.
Sama ada menaiki dan menuruni kawasan cerun yang curam, meredah lopak air setinggi tayar trak atau melalui laluan penuh selut, Hilux nampaknya tidak berdepan masalah untuk mengatasi semuanya.
Enjin 2.5 atau 3.0 liter itu memberi cukup kuasa bagi memastikan pemandu tidak terlekat di atas jalan yang beberapa jam sebelum sesi pandu uji disiram oleh hujan lebat.
Penolong Ketua Jurutera IMV, Toyota Motor Corporation, Osamu Tomioka mengakui bahawa Hilux telah diuji di semua bentuk cuaca dan muka bumi bagi memastikan ia mampu memenuhi ekspektasi setiap pemiliknya.
Jika dilihat kepada Hilux yang ditambah baik ini, jelas bahawa Toyota cuba untuk menjadikannya sebuah trak pikap yang sarat dengan ciri-ciri moden dan bernilai untuk wang anda.
Ditawarkan dalam lima varian kesemuanya, Hilux menerima perubahan dari segi penampilannya. Paling ketara pastinya bahagian dengan reka bentuk tiga dimensi yang meliputi bonet, gril dan bampar. Versi 2.5 dan 3.0 liter juga dapat dibezakan dengan skup udara yang kali ini nampak lebih lebar.
Penampilan lebih segar
Bahagian belakangnya pula dipasang dengan lampu baharu, bersama lampu brek jenis LED pada kedudukan lebih tinggi agar mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.
Ruang kabin Hilux menerima perubahan besar. Papan pemukanya dipapar menerusi rekaan susun atur yang memisahkan konsol tengah kepada dua bahagian untuk menempatkan sistem audio dan butang kawalan pendingin udara.
Bagi varian 3.0G sahaja, pemandunya diberi paparan MID (Multi-Information Display). Ia memaparkan pelbagai informasi berguna termasuklah suhu luar kabin, penggunaan minyak secara purata, jarak dengan minyak sedia ada dan banyak lagi.
Hilux juga dipasang dengan stereng baharu. Ia dilengkapi dengan butang kawalan audio dan MID. Apa yang lebih penting, gabungan semua elemen baru di dalam kabin ini membuatkan pemandu seakan-akan berada dalam sebuah kereta sedan.
Menyedari ada pelanggan yang mahu membuatkan Hilux miliknya berbeza dengan yang lain, UMW Toyota turut menawarkan beberapa aksesori khas. Antaranya ialah sport bar, filem solar dan sistem DVD-Audio Video Navigation Toyota.
Nissan Livina X-Gear
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
SEJAK model kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina dipasarkan pada Disember 2007, jenama Nissan dilihat kembali bernyawa di pasaran tempatan.
Dengan praktikaliti dan kualiti yang ditawarkannya, Grand Livina pantas menarik perhatian ramai. Sekali gus menjadikannya MPV bukan nasional paling laris di Malaysia.
Kelibat Grand Livina boleh dilihat di mana-mana. Sama ada model biasa atau lengkap dengan bodykit Impul, ia jelas membuktikan betapa popularnya MPV tersebut.
Namun, kebelakangan ini anda mungkin terserempak dengan kenderaan yang seakan-akan Nissan Livina tetapi bentuknya sedikit lain. Sebenarnya, itu adalah varian terbaharu dalam keluarga Grand Livina yang ditawarkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM).
Dikenali sebagai Livina X-Gear, ia dikategorikan dalam segmen crossover yang bersaing secara langsung dengan beberapa model lain seperti Suzuki SX4. Ia juga boleh bertindak selaku pencabar kepada model-model hatchback segmen B sedia ada termasuklah Suzuki Swift, Ford Fiesta, Mazda2 dan Honda Jazz.
“Dengan Livina X-Gear berkapasiti dua baris tempat duduk, kami kini mensasarkan pelanggan segmen baru yang mahukan sebuah crossover penuh gaya untuk menunjukkan individualiti mereka. Pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal untuk kegunaan setiap hari,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.
Apa sebenarnya crossover? Mudah cerita ia merupakan model yang dibangunkan daripada platform sedan dan diberi wajah berinspirasikan kepada sebuah SUV. Ia cukup sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif, tetapi jarang sekali membawa kenderaan ke laluan off-road.
Seperti namanya, model itu dibina menggunakan platform sama dengan Grand Livina. Bezanya, ia tidak lagi mempunyai barisan tempat duduk ketiga. Jadi, sekali pandang ia seakan-akan Grand Livina versi lima tempat duduk.
JENTERA ini sesuai untuk mereka yang memiliki gaya hidup aktif.
Melepasi ekspektasi
Namun, ketiadaan tempat duduk baris ketiga itu memberikan anda lebih ruang kargo. Dalam keadaan biasa, ruang itu boleh mencecah 383 liter. Apabila kerusi belakang itu dilipat sepenuhnya, ia berubah menjadi 769 liter. Lebih daripada cukup untuk mengangkut barang-barang runcit yang dibeli pada hujung minggu.
Secara mekanikalnya model itu berasaskan kepada Grand Livina 1.6. Gayaan luaran yang menarik adalah eksklusif untuk Livina X-Gear. Ini dapat dilihat pada gril hadapan yang sofistikated dan agresif. Bampar hadapan dan belakangnya mengangkat tema SUV bersama penutup takungan pelincir berwarna perak, over-fender maskulin serta rel bumbung (roof rails).
Harus tahu bahawa rel bumbung itu bukan sekadar hiasan. Ia boleh menampung beban sehingga 25 kilogram tanpa sebarang masalah. Jadi, bolehlah anda mengangkat barang seperti basikal, kotak Thule atau kelengkapan berkhemah di atasnya.
Saya berpeluang memandu uji Livina X-Gear baru-baru ini ke Pulau Pinang. Apa yang boleh saya katakan ialah ia melepasi ekspektasi awal saya. Untuk makluman, jentera itu menggunakan enjin aluminium sepenuhnya berkod HRDE16 bersesaran 1.6 liter, sama seperti yang ada pada model Grand Livina 1.6.
Apa yang pasti, ia tidak terasa berat sebagaimana Grand Livina. Ini kerana 100 kilogram beratnya sudah hilang. Jadi, anda akan dapat menikmati torknya dengan lebih cepat. Memotong kenderaan atau bermula di lampu isyarat juga semakin mudah.
PAPAN pemuka dan stereng yang ringkas dan praktikal.
Stereng Ringan
Memandu di jalan lama yang bengkang-bengkok, kualiti pemanduan yang diberikan oleh X-Gear adalah memuaskan. Sterengnya responsif dan tepat. Walaupun dipandu agak laju, keadaan bahagian belakang membuang jarang sekali berlaku.
Di laluan lurus, pemandu akan merasa stereng X-Gear agak ringan. Sekali gus mengurangkan sedikit keyakinan untuk memandu dalam kelajuan terlalu tinggi. Ketika pedal ditekan ke lantai, maklum balas enjin yang disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan dapat dilakukan dengan lancar.
Ditanya kenapa transmisi itu dipilih dan bukannya kotak gear CVT dengan lebih banyak pilihan gear digunakan, ETCM ada beberapa sebab. Pertamanya, berkaitan dengan kos. Kedua, kolaborasi antara enjin itu sudah cukup bagus. Walaupun kelajuan mencecah lebih 100 kilometer sejam (km/) jarum rpm masih berlegar di bawah 3,000rpm.
Saya harus akui bahawa Livina X-gear menawarkan ruang kabin yang luas. Tidak kira sama ada di hadapan atau belakang, anda boleh duduk dengan selesa. Untuk membezakannya lagi dengan varian Grand Livina, tempat duduk dan kemasan pintunya menggunakan fabrik bercorak kotak-kotak atau tartan.
Berada di tempat duduk pemandu, anda akan pantas mengenali susun atur papan pemuka tipikal kenderaan Nissan yang ringkas. Semua butang kawalannya mudah dicapai dan dioperasi.
Sterengnya juga kosong tanpa sebarang butang kawalan audio. Memang ia tidak mampu menandingi pelbagai ciri yang ada pada produk keluaran Korea yang ditawarkan pada harga hampir sama dengannya.
ANDA boleh mengharap pemanduan yang memuaskan dengan Livina X-Gear.
Aspek keselamatan tidak dilupakan. Nissan Livina X-Gear dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD dan BA sebagai ciri standard.
Nissan Livina X-Gear serba baharu didatangkan dalam lima warna iaitu perak, kelabu, putih, hitam dan oren. Ia ditawarkan pada harga RM82,800 seunit, kurang RM7,000 berbanding model Grand Livina 1.6. Ia turut hadir bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu).
Lebih menarik lagi, ETCM kini menawarkan pelan sewa beli istimewa dengan kadar faedah rendah bermula daripada 0.88 peratus setahun. Para pembeli Livina X-Gear juga akan menerima pakej filem tinted Solar Gard Armorcoat bernilai RM1,400 secara percuma sepanjang promosi yang akan berakhir pada 30 Oktober 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)